fbpx

“Saya Tak Akan Mohon Maaf Sebab Saya Tak Buat Salah”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila tindakannya memberikan sumbangan dan berkongsikan di media sosial mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Timbul dakwaan apabila Ustaz Abu Syafiq didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ebit. Dakwanya, berkongsi gambar dan video orang miskin adalah perbuatan haram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.

BACA: Ustaz Abu Syafiq Nafi Sindir Ustaz Ebit Lew

Terbaru, dalam satu temu bual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, Ustaz Abu Syafiq tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status tersebut tidak ditujukan kepada Ebit.

“Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung, saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

“Tapi ada orang ambil statement saya kata Ustaz Abu Syafir kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar. Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Abu Syafiq berkata dia tidak mempertikaikan usaha untuk memberi sumbangan dan menyiarkannya selagi mana perkara itu menjaga aib penerima sumbangan.

Dalam pada itu, Abu Syafiq juga menegaskan tiada keperluan untuknya meminta maaf kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia dan timbul pula isu macam ni memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju kepada dia pun. Saya tak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah,” katanya.