Ameng Uji Bakal Menantu Baca Al-Fatihah Sebelum Restu Kahwin
Anak penerbit popular, Datuk A Aida dan bekas suami, penyanyi Ameng iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, selamat mengikat tali pertunangan dengan juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz di Janda Baik hari ini.
Memetik BH Online, Ameng memberi restu kepada anaknya kerana melihat bakal menantunya itu seorang lelaki seimbang dunia dan akhirat.
BACA: Bakal Terima Menantu, A.Aida Sanggup Terima Hantaran RM1
Menurut Ameng, dia turut menguji bakal menantunya dengan membaca surah Al-Fatihah sebelum melepaskan anaknya itu.
“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik.
“Saya nampak seimbang dunia akhirat sebab perkara perkara pertama yang saya uji adalah memintanya membaca surah al-Fatihah.
“Alhamdulillah, bacaan sempurna. Daripada segi agama, saya tidak nampak ada masalah. Saya memang berkenan dan tahu Zain mampu menjaga anak saya dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Ameng berkata dia tidak menyangka anaknya itu bakal melangkah ke fasa perkahwinan sebelum mencecah usia 30 tahun kerana dia seorang yang obses belajar.
“Saya tidak sangka Aleesa ingin berkahwin secepat ini. Sebab dia jenis terlalu obses belajar. Saya ingatkan Aleesa tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman kegagalan perkahwinan yang terjadi antara saya dengan ibunya sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, air mata Aida gugur pada majlis tersebut apatah lagi anak sulungnya itu bakal mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri orang tidak lama lagi.
“Saya jaga Aleesa dari kecil. Tiba-tiba, akan dilepaskan menjadi milik orang. Selama ini, ke mana sahaja Aleesa pergi, saya tahu. Sekarang, dia akan jadi milik orang sepenuhnya.
“Aleesa sudah tidak tinggal dengan saya dan akan ikut suami. Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tetapi ini adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Namun, saya reda untuk kebaikan Aleesa,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Stkt uji baca Al fatihah takkan tak lps?
Ada ke laki dah tua bangka tak hafal Al fatihah? Teruk beno tu ..
Klu uji psl ilmu munakahat laki tu boleh lps, tu mmg tabik spring…tak Dak lah jahil nnti bab kawin byk, nafkah zahir , batin, tanggungjawab laki apa, pompuan apa..sbb ilmu munakahat ada ajar semua tu. So, klu laki tu khatam ilmu fiqh munakahat, mmg terbaik gila lah laki tu.
Ya betul la tu..org melayu kalo x pandai bace alfatihah mmg la terok bebeno.
Nape x test hafal surah Al mulk.
Btw hawat la Ameng tu pakai t-shirt jer kat majlis tunang anak..mcm org luar jer.
Hahaha Ameng Ameng..kalo dulu ko hidup berpasakkan agama ko tak jadi apa yang dah jadi kat ko..
alaaa setakat al fatihah je, cer suruh baca Yassin agak2 lepas tak? kikikki