Bakal Terima Menantu, A.Aida Sanggup Terima Hantaran RM1
Anak sulungnya, Wan Az Aleesa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan seorang juruterbang, penerbit popular Datuk A. Aida berkata dia tidak meletakkan wang hantaran tinggi buat bakal menantunya.
Memetik Kosmo, Aida berkata dia tidak mahu masuk campur mengenai jumlah wang hantaran kerana menganggap perkara itu bukan urusannya.
BACA: “Saya Akan Blacklist Dia Seumur Hidup, No More” – A.Aida
“Soal itu (wang hantaran) saya tak kisah langsung. Saya serah kepada anak saya dengan bakal suaminya. Saya tak pernah tanya berapa bakal menantu nak bagi wang hantaran apa semua. Sebab apa? Duit? I have everything (saya ada segala-galanya).
“Duit saya dah ada. Saya cuma nak seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Bakal menantu saya itu nak bagi hantaran berapa pun saya terima. RM1 pun saya terima,” katanya.
Sebelum ini, Aida berkongsikan anak sulungnya itu bakal menamatkan zaman bujang dengan juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.
Difahamkan, majlis pertunangan akan diadakan pada 20 Mei ini, manakala majlis pernikahan anaknya itu pula dijangka pada 15 Julai depan.
“Pada mulanya, saya pun tak percaya semua ini sebab percintaan Aleesa dan Zain asyik putus bersambung sahaja.
“Zain jumpa saya kata dia serius nak memperisterikan anak sulung saya sebelum dia berlepas belajar empat tahun di Bogor, Indonesia (program perubatan veterinar),” katanya.
Aleesa dan Wan Az Evanatassha merupakan anak A. Aida hasil perkahwinan dengan penyanyi popular, Ameng Spring
- SUMBER
- kosmo
“I have everything”… Angkuh dan takkabur betul makcik ni. Macam dok cabar untuk terima dugaan. Sepatutnya bersyukur tapi tidak. Teramat mudah kalau Allah nak tarik balik.
Aik.. kata juruterbang, pastu nak gi bogor, nak belajar veterinar pulak. Mana 1 ni? Pilot ke vet ?
belajar veterinar tu anak perempuan dia la ngoooookksss
Hahaa..kannn….sendiri baca,sendiri pening..kan dah kena ngoooooks ngn jimah
Sudahlah makcik muka makin pelik cucuk2 . Mau family menantu kau seramm tengok kau nokss.
Muka menyeramkan kau makcik
Nurdayne, biasa je org angkuh camni. At least si A.Aida ni boleh lah kata pompuan berjaya jugak. Kaya, ada production sendiri, beli umah,kete semua duit sendiri. Ada tu siap ckp kat org” Kau mampu beli rumah? Kau dah ada rumah sendiri?” Maklumlah rumah kan mahal skrg ni…so dia mcm nak up diri dia, dia mampu beli umah wlpn mahal. Padahal laki yg beli. Dia apo pun Nan hado..
haktuihhh..everything pun hrp duit laki je.Tapi, angkuh, takbur dia pehhhh..
Ameng tu wali… Biar bapak yg urus