fbpx

Ameera Khan, FD Idzham Kembali Bercinta

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai Instafamous, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan. Terbaru, Ameera dikhabarkan kembali menjalinkan hubungan cinta bersama kekasihnya, FD Idzham.

Sebelum ini, Idzham mendedahkan percintaan mereka terputus di tengah jalan pada Jun lalu disebabkan orang ketiga. Malah, Idzham meminta agar berhenti bertanyakan hal Ameera dan mencari sendiri wanita itu yang dikatakan sudah mempunyai teman lelaki baru.

BACA: Adik Neelofa Sudah Berkahwin Di London?

Bagaimanapun, dalam diam kasih pasangan itu sudah bertaut kembali apabila Ameera berkongsikan fotonya bersama Idzham. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Ameera disamping kekasihnya itu berserta kapsyen romantis.

“Inilah lelaki yang bertahan dengan semua gila saya. Saya sayang awak selamanya,” tulisnya.

Mereka berdua juga sudah pun kembali mengikuti akaun Instagram masing-masing dan tak lokek untuk berkongsi momen indah mereka berdua menerusi Instagram Story.

Terdahulu, nama Ameera menjadi bualan ramai selepas tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan kini sudah tinggal bersama.