fbpx

Alyah Mohon Maaf, Umum Berhenti Rakam Lagu Cinta

Sebut sahaja nama Datin Alyah, pasti ramai tahu penyanyi itu sangat sinonim dengan lagu-lagu cinta. Bagaimanapun, Alyah meluahkan rasa kesal kerana lagu-lagunya itu hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata bukan kerana kasih kepada Allah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Alyah turut memohon maaf di atas pengaruh menerusi lagu yang dibawanya selama ini. Alyah berkata selama ini, lagunya hanya berunsurkan cinta kepada manusia.

BACA: Alyah Dituduh Biadap Pulang Sebelum Konsert GV Berakhir

“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi. Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

“Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul,” tulisnya.

Kata Alyah lagi, dia juga turut membuat keputusan untuk berhenti merakamkan lagu kisah cinta. Malah, Alyah nekad untuk tidak merakamkan lagu cinta terhadap manusia sehingga membuatkan pendengar alpa.

“Saya la yang berdosa saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah. Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta,” katanya lagi.