fbpx

Alyah Dituduh Biadap Pulang Sebelum Konsert GV Berakhir

Siapa yang menonton Gegar Vaganza semalam, pasti ramai tahu Datin Alyah dijemput sebagai penyanyi undangan. Bagaimanapun, kecoh apabila seorang netizen mempersoalkan tindakanya meninggalkan konsert ketika masih lagi bersiaran langsung.

Malah, individu tersebut turut menyifatkan perbuatannya itu biadap. Bengang dengan tuduhan tersebut, Alyah menyelar netizen tersebut yang menuduh tanpa usul periksa. Alyah memberitahu kehadirannya adalah memenuhi undangan persembahan dan perlu pulang awal kerana ada urusan lain.

BACA: “Nabil, Jihan Tak Pernah Pun Mesej Minta Maaf”

“Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadap dan kurang ajar? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah.

“Atau orang seperti awak (yang biadap)? sebab membiadapkan orang tanpa usul periksa, teks guna akal bukan guna hasad dengki,” katanya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan jawapan balas Alyah itu dan sudah tentu penyanyi itu mempunyai alasan tersendiri perlu pulang awal sebelum rancangan berakhir.

Apa pun netizen janganlah terburu-buru membuat sesuatu tuduhan tanpa mengetahui kesahihannya bimbang ianya nanti memakan diri.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.