fbpx

Alya Iman Lupakan Suami Orang, Kini Bahagia Dengan Kekasih Baru

Mengakui selesa menjalin cinta dengan kekasih barunya iaitu Ridhwan Rosli yang merupakan seorang duda anak dua, pelakon muda Alya Iman berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

Gadis berusia 19 tahun yang juga merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha berkata dia sudah lama mengenali Ridhwan dan kekasihnya itu juga berkata jika tertulis jodoh antara mereka, pasti akan bersama jua.

BACA: Kekasih Nafi Alya Iman Kaki Kikis, Gigih Bekerja Untuk Sara Hidup

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu.

“Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” katanya kepada Astro Gempak.

Diminta mengulas mengenai kontroversinya dengan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya berkata dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah.

“Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.

” Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya lagi.