fbpx

Almy Nadia Masuk Hospital, Punca Penyakit Masih Belum Diketahui

Sebelum ini dilihat ada berkongsikan gambar isterinya, Datin Almy Nadia, terlantar di hospital, pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan Almy terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Walau bagaimanapun, dia yang dihubungi oleh pihak media mengatakan masih belum mengetahui punca penyakit yang dialami isterinya itu.

BACA: Almy Nadia Demam, Anak Sulung 5 Tahun Ganti Jaga Adik-Adik

“Almy telah dimasukkan ke hospital semalam. Hari ini baru buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tak tahu lagi Almy sakit apa dalam perut dia. Harini baru nak buat endoskopi,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fizz turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan Almy dipermudahkan dan disembuhkan dari penyakit.

“Semoga dipermudahkan. Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan isteri saya,” katanya.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.