Almy Nadia Demam, Anak Sulung 5 Tahun Ganti Jaga Adik-Adik
Meskipun anak sulungnya baru berusia lima tahun, pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa syukur anak perempuannya itu, Nur Afrina Arianna sudah boleh diharap untuk menjaga adik-adiknya ketika dia tidak sihat.
Menerusi perkongsian di Insta Story Almy berkata anaknya itu telah mengganti tempatnya untuk menjaga dirinya dan dua orang adik yang sama-sama tidak sihat.
BACA: Almy Nadia Bengang Dilabel Pelahap
“Nasib ada dia, bersyukur sangat! Walaupun umur lima tahun, dia ganti tempat mama dia jaga mama dengan adik-adik.
“Boleh diharap bila mama sakit demam, adik-adik sakit, dia lah yang jaga kami bila papa kerja. Sayang kakak,” kongsinya di Instagram Stories.
Almy turut berkongsikan rakaman video anaknya itu meletakkan koolfever di dahi serta gelagatnya sedang khusyuk menyuap adiknya makan bubur.
Dalam pada itu, suami Almy iaitu pelakon Datuk Fizz Fairuz turut kagum melihat sikap Afrina yang sudah boleh menjaga keluarga.
“Besar dah kakak, dah boleh jaga keluarga. Siap bagi ubat tau hahaha,” tulisnya.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
- SUMBER
- Astro Gempak
mesti kakak yg umur 5 tahun tu pandai basuh punggung sendiri lepas yayak..jugak..bagus adik..
X yah nk propaa sgt lh
Mana gambar mira filzah yg tindik hidung tu? Meh kita bincangkan.
Alaaah adik aku time dia kecik umo 2 tahun dah pandai kemas umah, vacuum liat baju semua…x kecoh pon.
Anak aku dah boleh ke pasar basah ….umur baru 3 tahun …
Bawa keta sendiri pulak tu …
kenapa anak sulung 5 thn? yg anak angkat dia tu apa? biskut? jajan?. so kalau sakit tak boleh diharapkan ke? sorry emo tp kau nk share pun benda yg boleh lukakan hati anak kau. patut la orang cakap si almy ni pompuan otak kecik, dh jd mak pun lembab.
SI ALMY NI KALO SEMBANG…. BADAK SEMBUUUUU PUN BOLEH TERBANGGG..
ALMY PUNYA KETAWA MENGILAIIIII …
CIK KAK PAT POKOK PUN BOLEH LARI!
LOL
Yang sulung kan duduk kat penang.dgn mak almy