fbpx

Almy Nadia: Janganlah Kacau Rumah Tangga Aku

Hari ini kecoh juga dunia hiburan apabila wujudnya dakwaan yang pelakon popular, Fizz Fairuz cuba menggoda pelakon muda bernama Fara Mendoza melalui aplikasi WeChat — tersebar luas screenshot perbualan mereka.

Fizz Fairuz sendiri sudah pun keluarkan kenyataan yang beliau tidak mengenali siapakah gadis tersebut tetapi Fara Mendoza memberikan kenyataan mengesahkan yang mereka sebenarnya saling mengenali dan pernah berjumpa.

BACA: Fara Mendoza Akui Cuba Digoda Fizz Fairuz Melalui Aplikasi WeChat

Melalui satu kemaskini terbaru (yang kini sudah dipadam) di Instagram, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia menulis ayat menyindir Fara Mendoza sebagai seorang yang sedang mencari publisiti murahan kerana status kurang popularnya.

Almy Nadia Berikan Amaran Kepada Fara Mendoza, Jangan Ganggu Rumah Tangga - ROTIKAYA

Kemaskini tersebut turut diiringi hashtag #jangankacaurumahtanggaaku yang kami kira sebagai satu amaran buat Fara Mendoza dari Almy Nadia sendiri.

Walaupun status tersebut sudah dipadam Almy Nadia, namun kami dapat rasakan yang pelakon ini turut sedih dan terkilan dengan pendedahan yang dibuat oleh Fara Mendoza dan berharap semua ini sebagai tidak benar. Bertabahlah Almy Nadia. (rtky/m)