fbpx

Fara Mendoza Akui Digoda Fizz Fairuz Di WeChat

Nampaknya kini episod penafian daripada Fizz Fairuz telah dijawab pula dengan pengakuan pelakon baru, Fara Mendoza bahawa pelakon lelaki tersebut telah mengganggunya dan tindakannya menaikkan perbualan mereka di WeChat hanyalah untuk menyedarkan Fizz.

BACA: Fizz Fairuz: Orang Tahu Saya Jenis Cakap Lepas Dan Jahat

“Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar”

“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya,” katanya kepada mStar Online.

Mengakui kali pertama berjumpa Fizz ketika menemani Emma Maembong penggambaran drama bersama Micheal Ang, Fara juga dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia juga pelik bagaimana pelakon lelaki itu dapat menghubunginya melalui akaun WeChat.

“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi,” katanya. (rtky/s)