fbpx

“Athira Terima Saya Seadanya, Susah Senang Bersama Dari Dulu Lagi”

Sah bergelar suami kepada Ahitra Yuhada, pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan isterinya itu merupakan cinta pertamanya sejak usianya 15 tahun.

Memetik mStar Online, Hafidz berkata cinta mereka kembali bertaut selepas beberapa bulan dia bercerai dengan bekas isteri, Nurul Shuhada pada Julai lalu.

BACA: “Jika Ada Yang Ucap Tahniah, Terima Kasih Saya Ucap Kembali” – Hafidz

“Saya kenal dengan Athira sejak umur 15 tahun. Dia cinta pertama saya. Biasalah ketika itu bercinta on and off…kejap bercinta, kejap putus. Kami kembali menjalinkan hubungan dan rancang berkahwin selepas saya dan bekas isteri bercerai,” katanya.

Hafidz berkata Athira seorang yang baik hati, sentiasa bersamanya ketika susah senang dan setia berada dengannya ketika dia tidak mempunyai apa-apa.

“Athira terima saya seadanya, sentiasa ada semasa saya susah. Dia susah senang bersama saya dari dulu lagi. Dari saya tak ada apa-apa lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz merancang untuk membawa Athira bertemu kedua-dua anaknya, Humairah dan Umar. Ketika dihubungi, Hafidz berkata dia dalam perjalanan berbulan madu dengan isteri tercinta.

“Ya saya memang rancang untuk kenalkan Athira dekat anak-anak. Supaya mereka mengenali isteri baru saya ini,” katanya.