Aliff Syukri Dedah Pernah Dirompak, Sorok Kunci Kereta Dalam Seluar Dalam

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan pernah dirompak ketika bekerja di syarikat ibunya pada usia 18 tahun, malah turut dipukul oleh perompak berkenaan.

Menerusi podcast Sembang Seram, Aliff berkata pada awanya dia sangkakan individu tersebut adalah pekerja baru.

BACA: Lima Hari Tak Makan, Aliff Syukri Syukur Dapat Semula Akaun TikTok

Kongsi Aliff lagi, individu itu mengikutinya masuk ke pejabat sebelum bertindak mengeluarkan pistol serta meminta semua yang berada di situ untuk meniarap.

“Tiba-tiba bila dia masuk, dia suruh semua orang baring dan keluarkan pistol. Rupanya dia memang dah aim saya. Dia nampak saya baru keluar kereta baru. Saya cuba menyorok dalam kalangan staf. 

“Saya biasa tengok drama rompak, saya letak kunci kereta dalam seluar dalam sebab mereka tak akan cek. Kereta baru sehari dapat.  Aku rela mati dari kereta kena rompak,” katanya.

Menurut Aliff lagi, lelaki tersebut turut membawa beberapa individu dengan membawa parang serta merampas barang kemas milik pekerja wanita. 

Bagaimanapun, Aliff berkata individu berkenaan tidak dapat melarikan kereta Harrier tersebut kerana mati di tengah jalan kereta penggera berbunyi.

×