Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula akaun TikTok miliknya selepas beberapa hari disekat.
Menerusi perkongsian di laman Threads, Aliff berkata disebabkan tindakan disekat itu dia tidak dapat membuat siaran langsung selama lima hari dalam dia juga tiada selera untuk makan.
BACA: Aliff Syukri Menangis Akaun TikTok Disekat, Kerugian Hampir RM1 Juta

“Yes saya kembali selepas 5 hari tak live. Syukur Alhamdulillah kepada manager TikTok saya Qaisara yang membantu saya untuk mendapatkan balik akaun saya.
“Jujurnya lima hari saya tak nak makan saya tak fokus dan saya rasa down sangat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan kata-kata sokongan terhadapnya.
“Rezeki saya Allah nak tolong saya. Terima kasih yang sokong saya terima kasih yang banyak memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh now I’m back,” tulisnya.