“Alhamdulillah, Allah Turunkan Rezeki Bakat Kepada Anak Saya” 

Penyanyi Siti Saerah berkata berkata meskipun takdir kurang memihak kepadanya bagaimanapun dia bersyukur dengan rezeki Allah menganugerahkan bakat seni kepada anak-anaknya.

Memetik Harian Metro, Saerah berkata dia percaya dengan rezeki Allah serta berharap anak-anaknya akan terus mendapat sokongan.

BACA: Siti Nurhaliza Beli ‘HeadPiece’ Murah Di TikTok, Netizen Kata Nampak Mahal

“Saya okay sahaja tengok bakat anak-anak yang lebih menyerlah. Perancangan Allah itu, kita tak boleh tahu. Tapi saya bersyukur sangat kerana Allah kurniakan rezeki, bakat kepada anak-anak saya.

“Saya tidak rasa sedih, sekiranya dulu saya minati menyanyi. Saya percaya kepada rezeki Allah dan Alhamdulillah, rezeki Allah turun kepada anak saya. Jadi, kita meneruskan sahajalah legasi ini,” katanya.

Mengenai tanggapan segelintir pihak mengaitkan anaknya dengan bayangan ibu saudara mereka, Siti Nurhaliza, Saerah berharap orang ramai memberikan sokongan tanpa membandingkan.

“Itu memang tak akan boleh nak tutup (mulut orang). Yang penting sekarang, orang di luar sana kita sokong bakat yang ada dan doakan yang terbaik. Kita tak perlu nak membanding-bandingkan atau cakap tidak sepatutnya.

“Apa yang penting, dalam soal ini kita kena doakan terbaik, apa yang terbaik untuk mereka, apa bakat yang ada, kita sokong,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×