Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsI cerita mengenai aksesori kepala yang digayakan ketika konsertnya baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Siti berkata aksesori atau headpiece berkenaan dibeli melalui TikTok dan ianya cantik serta dibeli pada harga yang murah.

BACA: Izara Aishah Bocor Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang Online

@arifeddy

Comel la haha rupanya Siti Nurhaliza beli aksesori kepala untuk konsert di Tiktok je! Tak mahal pun boleh check harga kat beg kuning @Siti Nurhaliza #MenamakanmuCinta

? original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

“Saya ada beli headpiece dekat TikTok, yang saya pakai masa konsert tu kan. Yang segment terakhir saya pakai tu.

“Yang tinggi sikit, yang ada bulu-bulu terkeluar saya beli dekat TikTok. Itu murah gila tapi cantik, saya suka sangat. Saya suka itu boleh pakai,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen teringat kembali sebelum ini pelakon Izara Aishah ada membocorkan rahsia Siti yang suka membeli di aplikasi berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan aksesori yang dipakai Siti itu dilihat mahal meskipun penyanyi itu mengatakan ianya dibeli pada harga yang sangat murah. 

×