fbpx

Akui Hubungan Serius, Pekin Ibrahim Kahwin Jun 2014?

Jika sebelum ini kenyataan Pekin Ibrahim mengiyakan hubungan beliau bersama Uqasha Senrose dan berkata yang keluarga beliau merestui akan hubungan ini, nampaknya kini ada perkembangan lebih positif.

BACA: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose – Pekin Ibrahim

Bercakap kepada Media Hiburan baru baru ini, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose memang serius & jika tiada aral melintang merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

“Tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi, mungkin Jun 2014,” ujar Pekin Ibrahim ringkas tentang rancangan perkahwinan beliau.

Dalam laporan yang sama, Pekin Ibrahim berkata yang beliau kini bersedia untuk menonjolkan diri lebih dalam media berbanding sebelum ini kerana agak berahsia tentang kisah kisah peribadi.