Akui Cuai, Yana Samsudin Mohon Maaf Pada Anak & Suami
Tidak dapat dinafikan, setiap ibu bapa pastinya memberikan sepenuh perhatian buat cahaya mata namun kadang-kala ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Menerusi Instgram Yana Samsudin baru-baru ini, anaknya, Aisy Mateen menerima jahitan di bahagian kening.
BACA: Yana Samsudin Dipuji Tak Salam Ahli Running Man
Menurut Yana, kejadian tersebut berlaku ketika mereka di kampung. Ia terjadi dengan begitu pantas malah dalam masa yang sama dia turut memohon maaf kepada anak dan suaminya di atas kecuaiannya itu.
“@aisymateen Mommy minta maaf sangat malam semalam. Tak jaga Mateen dengan baik. Minta maaf @fadzilzahari. Kami balik kampung Yong Peng semalam. Dalam beberapa saat saja mommy tak tengok Mateen, Mateen lari dan jatuh terhantuk meja kaca,” katanya.
Sementara itu, pengikut Yana tidak henti-henti mendoakan agar Mateen dapat sembuh dengan cepat selain ada yang turut bercerita bagaimana mereka turut pernah mengalami situasi yang sama sebelum ni. Semoga anak cepat sembuh dan baik-baik belaka hendaknya. (rtky/s)
Kes part kamil tampar polis apa citer weh??? Kata tun M Msia bru ni base on rules of laws???! Aku nk tngk versi rules of law mana yg diorg nk implement nnt, sbb mcm krjn Trump gak dia punya sentimen mmg nk pancing undi jek. Tp lps menang AS tetap mcm tu gak tanpa apa2 progress
Membawang LA tu pai lupa anak. Lama x jumpa makcik bawang KT kmpg kn…lempang je Bini cuai cam ni.
Tunggu awak ada anak baru awak tahu dan rasa
Tak baik ubah ciptaan allah swt hidung tu takkan selamanya macamtu oopss operate
biasa tu kalu ade ade ank kecik..tak kira ank laki @ pompuan..cuma nya sebab dia retis dan haplod dlm insta so jadi la isu…mak pak yang tak de ig pun alami yang sama cuma tak haplod kt ig jer….haihhhh…
aku terjatuh — takde laa nak mak minta maaf punngggg
sebab dah nakal lari sana sini ….