fbpx

“Aku Bukan Ustaz, Aku Pun Malu Dengan Diri Sendiri”

Hampir setahun kisah rumah tangganya menjadi perhatiian ramai, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengakui dia sangat pernat berhadapan dengan kecaman daripada netizen. PU Abu berkata isu tersebut turut mencalarkan maruah kelurganya.

PU Abu akui kontroversi rumah tangganya itu turut meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupannya. Malah, dia menegaskan dia bukanlah seorang ustaz dan malu membawa gelaran PU itu kerana isu tular sebelum ini.

BACA: Dikecam Main TikTok, PU Abu Harap Sempat Bertaubat

“Aku penat nak berhadapan dengan benda viral yang negatif berkait dengan diri aku. Bila aku viral tahun lepas aku kecewa dgn diri aku sebab aku dah calarkan maruah keluarga aku

“Aku sajalah nak sebut supaya korang semua faham,aku bukan seorang ustaz. Aku tak layak diangkat sebagai role model untuk masyarakat. Title PU tu pun kebetulan,aku masuk satu pertandingan anjuran astro then aku dapat tu pun terkeluar waktu semifinal,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui malu untuk membawa gelaran PU itu kerana disebabkan isu viralnya itu sekaligus memberi imej buruk pada rakan-rakannya yang lain. PU Abu berharap orang ramai tidak memanggilnya dengan panggilan ustaz.

“Kalau korang masuk pun ada rezeki korang boleh dapat title tu. Aku akui tindakan aku telah memberi tanggapan negatif pada kawan2 aku yang lain sebab tu aku x suka dan tak nak dipanggil ‘ustaz abu’ atau ‘pu.

“Lepas aku viral, bila attend mana-mana program orang tanya aku ni PU Abu ke? Aku jawab tak pelanduk dua serupa. Sebab aku sndri pun malu dengan diri sndri. Aku share dekat orang ilmu aku yang sikit ni dengan harapan benda tu boleh bantu kat akhirat nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Abu memohon agar orang ramai serta masyarakat memberikannya sedikit ruang untuk memperbetulkan keadaan dan berbuat kebaikan.

Turut mengulas mengenai soal rumah tangga, PU Abu berkata perkara itu tidak sesuai untuk dibincangkan di media sosial kerana dia percaya setiap jawapan yang diberikan hanya mengundang lebih banyak kesan negatif berbanding positif.