fbpx

Akhirnya Raja Ilya Tolak Berlakon Filem Marvel

Setelah membuat persiapan selengkapnya selama tiga bulan dan berada di Amerika Syarikat selama dua minggu, pelakon Raja Ilya yang pernah digembar-gamburkan kisahnya untuk membintangi filem francais Marvel akhirnya terpaksa menolak tawaran tersebut.

BACA: Berlakon Di Hollywood, Raja Ilya Tipu Peminat?

“Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita. Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham”

“Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya,” kongsinya bersama BH Online.

Sebelum ini, Raja Ilya tenang berhadapan dengan dakwaan warga laman sosial bahawa dia menipu yang kononnya dia layak untuk berlakon bersama bintang filem terkenal lain di Hollywood.

Bagaimanapun, setelah menolak tawaran tersebut, dia turut menerima tawaran lain dan buat masa sekarang dia sudah menandatangani perjanjian dan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut. Harapnya kali ini janganlah tidak jadi lagi memandangkan perjanjian sudah dimeterai.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi… Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta ‘mengunci’ mulut. Saya minta semua peminat mendoakan yang terbaik. Saya berjanji apabila sampai masanya, saya akan beritahu dengan lebih lanjut,” katanya. (rtky/s)