fbpx

Berlakon Di Hollywood, Raja Ilya Tipu Peminat?

Buat julung kalinya pelakon tanah air kita mampu menceburkan diri dalam sebuah filem membintangi sebuah terbitan Marvel Studios di Hollywood, pelakon Raja Ilya menafikan bahawa apa yang diperkatakannya sebelum ini adalah satu penipuan.

BACA: Demi Watak, Raja Ilya Tidak Kisah Tayang Perut

“Secara jujurnya ini merupakan kali pertama saya mendengar tentang tuduhan menipu. Terpulanglah kepada mereka yang nak cakap saya berbohong atau sebaliknya”

“Hanya kerana saya belum cukup popular jadi apabila saya berkongsi cerita mengenai berita berkenaan orang tidak percaya dan anggap saya menipu. Sedikit pun saya tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan malah kini saya sedang mempersiapkan diri dari pelbagai aspek termasuklah mental dan fizikal untuk menjayakan tawaran tersebut,” katana kepada Utusan Online.

Tambahnya lagi, dia turut terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut baru-baru ini bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap terbaik sebelum menjalani penggambaran. Terikat dengan kontrak, Raja Ilya bertegas untuk tidak membuka sebarang penilitian tentang filem yang bakal dibintanginya itu. (rtky/s)