Berita penting di hari Jumaat nan suci ini – setelah mendapat semangat dan juga mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik lagi, Fattah Amin akhirnya akan mengambil kelas lakonan dan juga nyanyian bermula tahun 2018. Namun perkara tersebut tidak bermakna dia akan mengurangkan aktiviti seninya.

BACA: Fattah Amin Tak Terasa Kritikan Pelakon Senior


“Ini adalah perancangan untuk 2018. Saya ingin perbaiki diri untuk berdepan dunia yang penuh mencabar. Bagaimanapun, saya tidak bermaksud mahu mengurangkan aktiviti seni. Sebaliknya, memberi lebih ruang untuk memperbaiki jenama ‘Fattah Amin'”

“Saya mahu mendalami skil dengan menyertai kelas lakonan dan memperbaiki mutu nyanyian bagi persembahan pentas. Saya juga mahu mengikuti kursus perniagaan,” katanya kepada BH Online.

Nama Fattah sebelum ini sering disebut-sebut kerana ada yang menyifatkan lakonannya yang keras umpama kayu malah perkara tersebut turut mendapat teguran pelakon senior. Nampaknya Fattah mengambil berat setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya dan mengubahnya ke arah yang positif.


“Saya sentiasa mengambil berat setiap kritikan dan komen semua pihak. Ini satu cara saya menghargai setiap perhatian dan sokongan diberi,” jelasnya. Semoga usaha Fattah memperkasakan industri seni tanah air akan terus dihargai peminat dan juga rakan selebriti yang lain. (rtky/s)