Isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne sebak melihat suaminya yang membantu dalam menguruskan kerja rumah sepanjang dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Anne turut menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya yang turut menguruskan anak mereka, Tiara.
BACA: Isteri Kembali Jalani Rawatan IVF, Achey Mohon Doa
“Terima kasih sayang,sebab banyak sangat membantu isterimu ini. Dah berapa bulan ni, sayanglah yang banyak uruskan rumah, kemas rumah, basuh baju, uruskan Tiara dan macam-macam lagi,” tulisnya.
Sementara itu, Anne berkata mungkin apa yang dilakukan oleh suaminya itu dilihat kecil namun besar nilai baginya.
“Mungkin nampak kecil bagi orang lain, tapi bagi saya semua pengorbanan dan bantuan awak sangat besar nilainya. Terima kasih sebab sentiasa ada dan memahami. Semoga segala apa yang awak hajati dipermudahkan dan tercapai, sayang.
“Semoga Allah balas setiap pengorbanan awak dengan rezeki, kebahagiaan dan segala yang baik-baik,” katanya.
Pada Jun lalu, isteri Achey memaklumkan dia bakal menjalani prosedur IVF buat kali kedua sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.