Ajak Shiro Bangga Anak Sulung Mampu Urus Jenazah
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Jad Thaqif sudah mampu melakukan tugas fardhu kifayah menguruskan jenazah.
Berkongsikan perkara itu di Instagram, Ajak memberitahu setakat ini anaknya berusia 12 tahun itu telah membantu menguruskan sembilan orang jenazah.
BACA: Tunai Janji, Ajak Shiro Ambil Smart TV Di Rumah Beri Kepada Mangsa Banjir
View this post on Instagram
“Walaupun saya ada pengetahuan, tapi dia (Jad Thaqif) lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding saya.
“Sudah sembilan jenazah dia mandikan… Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini,” tulisnya.
Difahamkan, Jad mengikut jejak langkah datuknya yang sudah mempunyai pengalaman selama 32 tahun menjadi pengurus jenazah.
Perkongsian Ajak itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizen yang memuji kebaikan dilakukan Jad yang disifatkan sebagai anak yang soleh serta memiliki tutur kata yang sopan.
kalau ikutkan ajak lagi mulia muka banding dgn shuk. tapi setia dgn rumahtangga
kalau nak ikutkan ajak ni lagi mulia muka dari shuk. tapi setia dgn rumahtangga & sedar diri berstatus suami orang….
kalau diikutkan muka ajak lagi mulia dari muka shuk tapi dier sedar diri status suami orang & setia dgn rumahtangga.
Bagus…Alhamdullilah…
Fifi…
Ko ni macam tak reti dengan penggunaan perkataan “tapi”, aku rasa ko ni Indonesian lah.
boleh dijadikn inspirasi..
Insya Allah sy akn suruh ank sy amik kursus ni jugak ble dia dh besar nanti..