fbpx

Tunai Janji, Ajak Shiro Ambil Smart TV Di Rumah Beri Kepada Mangsa Banjir

Pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro mengotakan janji apabila dia memberi televisyen miliknya kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir di Jelebu, Negeri Sembilan.

Baru-baru ini turut turun padang mengagihkan sumbangan daripada orang ramai, Ajak sempat meluangkan masa dengan penduduk.

BACA: Lama Idam Nak Rumah Sendiri, Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Bapa

Seorang warga emas telah menceritakan mengenai keadaan rumahnya yang musnah ditenggelami air termasuklah televisyen yang hilang kerana dihanyutkan ketika banjir. Simpati dengan keluarga itu, Ajak berjanji untuk membawa televisyen kepada mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Tidak hanya bercakap kosong, Ajak mencabut televisyen miliknya di rumah, kemudian kembali ke rumah warga emas tersebut untuk menyerahkan televisyen berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ajak juga dulihat turut membawa beberapa barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Perkongsian Ajak itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memuji sikap murah hati pelawak itu serta mendoakan agar dimurahkan rezeki kerana membantu mereka yang memerlukan.