fbpx

Aiman Hakim & Nur Fathia Tangguh Kahwin Kerana Kontrak Iklan

Tidak mahu berselindung dan merumitkan keadaan, pelakon Aiman Hakim memberitahu salah satu punca dia dan kekasihnya Nur Fathia Latiff belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat adalah disebabkan terikat dengan kontrak iklan.

BACA: Fathia Akui Berbaik, Kembali Bersama Aiman

Menurut Aiman, mereka mereka berdua masih dalam kontrak produk iklan yang memerlukan status tersebut (solo) dikekalkan dalam tempoh masa tertentu.

“Kami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan. Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Aiman menjelaskan pengalaman beberapa tahun dalam industri hiburan membuatkan dirinya semakin matang untuk berhadapan dengan isu dan kontroversi. Daripada cara Aiman menjawab soal perhubungan ini pun, sudah membuktikan dia tidak mahu berselindung dan hanya mahu berterus terang.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungan yang pernah terputus itu, Aiman berkata, ia adalah asam garam setiap hubungan percintaan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan percintaan sudah tentu ada naik dan turunnya. Sekarang hubungan kami semakin baik dan saya harap semua doakan yang terbaik sahaja. Saya tidak mahu ulas perkara ini dan mahu terus fikir ke hadapan sahaja,” ujarnya. Macho bukan jawapan Aiman? (rtky/syfq)