fbpx

Fathia Akui Berbaik, Kembali Bersama Aiman

Setelah sebulan lebih mengesahkan bahawa hubungan cintanya yang sudah dua tahun terjalin dengan Aiman Hakim Redza sudah berakhir, kini Fathia Latiff muncul dengan berita gembira, mengakui bahawa sudah berbaik semula dengan Aiman.

BACA: Fathia Latiff Mengaku Putus Cinta Dengan Aiman Hakim Redza

“Sudah dua minggu Fathia berbaik semula dengan Aiman. Selepas tersebar cerita Fathia dan Aiman putus cinta, Fathia dapati terlalu banyak andaian yang orang lain buat mengenai kisah kami”

“Jadi kalau boleh, Fathia tidak mahu bercerita banyak tentang hal ini,” katanya selepas diumumkan sebagai Duta Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015) yang dibawakan oleh TV3 dan TV9.

Bukan apa, kami rasa tidak salah untuk Fathia ceritakan perkara sebenar kerena ramai peminatnya peminatnya seolah-olah berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ ekoran ketiadaan kenyataan susulan daripada pihaknya setelah berita pengakuan putus cinta oleh Fathia disiarkan oleh akhbar Kosmo, awal Januari lalu.

Ketika ini, Fathia lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seni seronok berkongsi cerita mengenai hasratnya untuk menjadi peguam hartanah, bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliknya. (rtky/syfq)