Minggu lalu kecoh di kalangan peminat dunia perfileman apabila kem pembikin filem terbahagi dua kepada mereka yang menyokong tayangan filem Lelaki Harapan Dunia dan mereka yang menganggap ianya satu cubaan untuk perlekehkan bangsa Melayu.

Ahmad Idham dikatakan sebagai salah seorang yang vokal terhadap perkara ini walau pun beliau tidak menyebut secara terang terangan melalui kemaskini di Twitter.


BACA: Ahmad Idham Dakwa Filem Lelaki Harapan Dunia Perlekeh Melayu?

Bercakap kepada Harian Metro baru baru ini, Ahmad Idham cemuhan terhadapnya adalah perkara yang tidak perlu dilayan penggiat filem berpengalaman sepertinya selain menafikan kemaskini di Twitter beliau ditujukan buat filem Lelaki Harapan Dunia.

“Saya tak sebut pun mengenai filem itu? Siapa kata saya kritik filem itu? Orang yang hentam saya yang beranggapan kononnya saya kutuk filem itu. Bukan tahap saya layan benda remeh macam itu. Mereka tak tahu hujung pangkal pun sama ada kritikan saya itu merujuk pada filem apa”

“Tindakan mereka mencemuh saya tanpa asas menunjukkan tahap kebijaksanaan mereka sama ada bijak atau tidak bijak. Jadi tak payahlah nak tunjuk handal dengan menghentam saya memberikan pandangan mengenai filem,” ujar Ahmad Idham. (rtky/m)