fbpx

Ahmad Idham Perlekeh Filem Lelaki Harapan Dunia?

Kami terbaca juga tulisan Ahmad Idham ini melalui Twitter namun tidak pasti akan filem manakah yang dirujuk beliau sebagai memperlekehkan kaum Melayu sehinggalah terbaca entri terbaru anak kepada pelakon Wan Hanafi Su, Budi Citawan di Instagram beliau.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Rupa rupanya, Ahmad Idham merujuk kepada filem terbaru lakonan Wan Hanafi Su berjudul Lelaki Harapan Dunia yang diarahkan Liew Seng Tat dan bakal ke pawagam seluruh negara tidak lama lagi. Ia turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Azhan Rani & Jalil Hamid.

Anak gadis Wan Hanafi Su itu membalas kenyataan Ahmad Idham dengan sarkastik mengatakan filem ini memang wujud konspirasi tersendiri.

“Konspirasinya adalah untuk memperlekehkan pemikiran manusia (bukan bangsa ya) seperti abang (merujuk kepada Ahmad Idham) yang suka memperlekehkan pintu rezeki & kreativiti orang lain yang selama ini dipandang lekeh oleh masyarakat,” tulisnya.

Ahmad Idham Perlekehkan Pula Filem Lelaki Harapan Dunia? - ROTIKAYA

Kenyataan beliau turut mendapat reaksi pelakon Zahiril Adzim yang berkata filem memperlekehkan kaum Melayu adalah filem filem lawak bangang, slapstik, badigol hantu hantu atas jalanraya dan nombor ekor — sekali lagi merujuk kepada filem arahan Ahmad Idham.

Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia ini sendiri sudah pun menjawab persoalan media sebelum ini berkaitan dakwaan filemnya itu memperlekehkan Melayu dengan berkata isu tu tidak sepatutnya timbul kerana kritikan yang diselitkan bersifat subjektif. (rtky/m)