fbpx

Buang Keluarga, Ibu Dakwa Afiq Muiz Kini Bersikap Seperti Anak Derhaka

Belum besar mana nama dalam industri hiburan, sudah pelbagai cerita kurang enak yang boleh kita baca tentang pelakon baru yang seorang ini. Kali ini, ibu beliau sendiri tampil meluahkan rasa kecewa.

April lalu, ada gossip yang mengatakan Afiq Muiz kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktress Eina Azman tetapi pelakon remaja ini keras menafikan mereka mempunyai hubungan seperti di’dakwa.

Tidak pasti sama ada ia berkaitan atau tidak, ibu kepada Afiq Muiz tampil bercerita kepada mStar Online yang anak lelakinya itu sudah tidak seperti dahulu sejak mempunyai kekasih hati.

“Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu”

“Afiq kini sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni”

“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” luah ibu Afiq Muiz.

Ibu beliau turut menambah yang terkejut apabila memeriksa akaun bank Afiq Muiz & mendapati beliau pernah membelanjakan RM30,000 dalam masa sebulan selain menerima SMS kasar dari teman wanitanya.

“Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya,” tambahnya lagi.