fbpx

Afifah Nasir: Kontroversi Tak Jejas Rezeki

Setelah beberapa minggu menduduki carta konroversi hangat melibatkan dirinya dan juga pelakon Aliff Aziz, Afifah Nasir dalam masa yang sama sebenarnya tidak pernah mengalah dan berjuang untuk menjadi anak seni selain mahu terus positif.

BACA: Aliff Aziz Serik Berlakon Dengan Afifah Nasir

“Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi”

“Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita,” jelasnya kepada mStar Online.

Malah menurut Afifah, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pergaulan. Sementara itu, berbicara tentang rezeki, Afifah menyatakan bahawa kerjayanya berjalan seperti biasa selain bersyukur rezekinya untuk berlakon masih ada.

“Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua. Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semanga dan positif,” katanya. (rtky/s)