fbpx

Aliff Aziz Serik Berlakon Dengan Afifah Nasir

Selepas apa yang terjadi sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Aliff Aziz mengakui yang gandingan beliau bersama Afifah Nasir dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu mungkin yang terakhir buat mereka.

“Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri”

“Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya”

BACA: BF Afifah Nasir Cabar Aliff Aziz Untuk Bersemuka

“Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah”

“Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi,” ujar Aliff Aziz kepada Berita Harian hari ini.

Namun, Aliff Aziz berkata beliau tidak serik untuk berlakon dengan produksi yang diheret sama dalam kontroversi baru baru ini kerana percaya mereka bersikap professional dalam kerja tetapi akan tetap lebih berhati hati.

“Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati”

“Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi,” tambahnya. (rtky/m)