Adira AF Akui Terasa Sunyi, Sukar Terima Insan Baru
Mengakui menerima suratan takdir dengan hati yang redha, Adira AF menjelaskan bahawa perasaan sunyi turut singgah di dalam kehidupannya malah dalam masa yang sama belum bersedia menerima sesiapa selepas putus tunang baru-baru ini.
BACA: Adira Akui Hubungi Elizabeth Tan, Tidak Simpan Dendam
“Sepatutnya kami berkahwin pada tarikh hari jadi saya iaitu 19 September ini. Siapa yang tidak sedih sebab semuanya sudah dirancang. Nak buat macam mana tidak ada jodoh. Tidak ada guna saya salahkan sesiapa dalam situasi yang sudah berlaku”
“Sebagai manusia, bagi saya bercinta dan putus itu sesuatu yang normal. Saya terima suratan takdir yang tertulis. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan semuanya”
“Perasaan sunyi itu memang ada tetapi bergantung macam mana kita menangani situasi tersebut. Mungkin saya akan sibukkan diri dengan bermain gitar untuk tidak memikirkan tentang apa yang sudah berlaku,” jelas Adira kepada Kosmo!
Turut menyatakan ada juga lelaki yang mencuba untuk mengisi kekosongan di hatinya, Adira mempunyai alasan sendiri untuk menolak setiap cubaan yang datang kepadanya.
“Memang ada yang ingin mencuba (mengurat) tetapi saya masih lagi menghormati perasaan keluarga dia. Saya tidak mahu dilabelkan perempuan yang bukan-bukan. Hati ibu saya juga kena jaga. Biarlah saya memilih untuk hidup solo ketika ini”
“Pada masa sama, saya akui, hati saya belum terbuka lagi untuk sesiapa. Susah untuk terima orang lain dalam hidup selepas dia,” kata Adira. Sedih juga jika diikutkan apa yang dilalui Adira. Semoga semuanya akan beransur pulih dan dipermudahkan segala urusan hendaknya. (rtky/s)
moga bertemu jodoh yea dira…..putihnyer adira seputih aishah dhia rana…miss them.. Che Ta & Zain serta Aishah!!!!!!!
best ah ko bicara RM.. setia pd yg satu.. Che Ta tetapppp.. hahaha identity tuu
hai bicara RM setan, ko yg taksub pasal che ta kesian ko ni, ko hanya sampah….
cinta saya macam mana adira??? hilang?? mcm lgu plak..
Lelaki bkn seorg jer dl dunia Adira,insha allah mgkn kamu akn di pertemukn dgn lelaki yg lbh baik dr yg pernah kamu jmp..xrugi solo dulu,klu ada jodoh nnti ada la tu…sabar yea dik…
heyy.. romanss!!! nikki will retain her divas championship against charlotte
SABAR JELAH ADIRA OIII
Hahaha…lawak..lawak…nikky bella…haha
Susah nak tengok rotikaya sekarang. Iklan banyak mengganggu pbacaan.
Betul!! Sgtttt susah nak tgk rotikaya skrg.. Iklan tu sgttttt menyebok! Xleh nak klik cancel sbb iklan tu ttp kluar jgk! Asl klik cancel..iklan tu sebok jgk..benci btol! So, skrg dah jrg buk roti kaya disebabkan iklan tu! Hish!!!
knp pesen tudung adira cenggitu?