Mempunyai prinsip sendiri dalam menghidupkan watak dalam setiap lakonannya, bagi Adi Putra dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak bersentuhan dengan wanita malah menurut Adi, perkara itu tidak dilarang oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
BACA: Adi Putra Enggan Kongsi Gambar Isteri Kedua
“Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah. Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh”
“Cium dahi memang tidak boleh sebab sudah keluar dalam LPF. Kita tahu garis panduan,” jelas pelakon tersebut kepada Malay Mail Online. Adi ketika ini masih menguruskan agensi umrah sejak tiga tahun lalu, selain masih terus aktif dalam dunia lakonan.
Baru-baru ini, Adi juga menjelaskan bahawa dia tidak akan berkongsikan gambar isteri keduanya di laman sosial kerana menurut pelakon ini, banyak hati yang perlu dijaganya. (rtky/s)