fbpx

Adi Putra Enggan Kongsi Gambar Isteri Kedua

Tidak mahu kontroversi perkahwinan keduanya terus menjadi buah mulut orang, Adi Putra mengambil keputusan untuk tidak berkongsikan gambar isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly di media sosial. Dalam masa yang sama, katanya tindakan itu dibuat diatas dasar ingin menjaga hati beberapa pihak yang terkesan dengan kritikan orang ramai apabila dirinya berpoligami.

BACA: Adi Putra Bakal Tunai Haji Bersama Isteri Pertama

“Saya ada sebab mengapa saya tidak berkongsi gambar isteri kedua di Instagram. Bagi saya, media sosial senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa perlu dekat dengan bahan api kalau kita sudah tahu ianya boleh membahayakan diri”

“Lagipun, antara media sosial dan solat, mana lebih wajib. Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah lebih baik daripada sibuk dengan media sosial. Kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga”

“Kalau saya bercerita panjang mengenai perkara ini, lebih baik saya cerita keseluruhannya sahaja, maknanya dengan pekung-pekung sekali. Sama ada isteri saya itu mempersoalkannya atau tidak, biarlah ianya menjadi rahsia saya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai tindakannya yang memilih untuk tidak berkongsi gambar isteri keduanya di laman sosial selepas berkahwin.

Sementara itu Adi yang enggan bercerita dengan lanjut mengenai perkembangan perkahwinannya, memberitahu bahawa isteri pertamanya, Aida Yusof dan isteri keduanya masih belum bertemu empat mata. Ini kerana beliau tidak tidak gemar untuk mengatur atau membuat sebarang perancangan dan lebih selesa jika pertemuan diantara mereka berlaku dengan sendirinya. (rkty/w)