Adi Putra Sahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Pelakon Datuk Adi Putra mengesahkan tidak akan terlibat dalam filem Mat Kilau 2. Perkara itu disahkan selepas menerima kenyataan daripada penerbit filem berkenaan.
Memetik Astro Gempak, Adi yang membawa watak utama dalam Mat Kilau berkata dia reda dan tidak mempersoalkan mengenai keputusan tersebut.
BACA: Adi Putra Akui Terima Bayaran Paling Mahal Untuk Filem Mat Kilau
“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat,”
“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Adi berkata dia tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.
“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.
“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.
“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya.
Untuk rekod, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya memecahkan rekod apabila menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan berjaya mengutip hampir RM100 juta.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sokong Mat Kilau jika tiada Si Curang!
Rasa dulu ada dah bgtau psl hal ni. Mungkin penerbit nk buat kisah Mat Kilau yg lebih berusia jd pelakon yg jd Mat Kilau lg senior dari Adiputra. Atau penerbit nak buat kisah Mat Kilau yg lg muda remaja dan dah tentu Adiputra yg dah 4 series tak sesuai utk watak tu! Atau mungkin filem ini jadi filem yg lebih bnyk menonjol watak2 yg di keliling Mat Kilau mcm Tok Gajah dan lain2 pejuang yg punya peranan penting ketika menentang penjajah pd zaman tu?! Sebenarnya spt filem2 blockbuster Hollywood contohnya Starwars dll filem Mat Kilau ni boleh jer dibuat dgn lbh bnyk sudut pandang pengarahan dan penceritaan. Dan harapnya pengarah yg lain dpt diberi peluang utk arah filem ini supaya ia lebih segar dan bervariasi dari yg pertama!
then sapa jadi mat kilau?
Mngkin mat kilau 2 flashback version kot atau mat kilau dah that. Xsesuai adi putra dipih. Tp kalau still umur yg sama memang xfeeling la penonton nak tengok. Memang adi putra sesuai sangat. Sama jg dengan character john wick, pirates of caribbean atau mission impossible
Mat Sakau cekau
Turn me off terus…tak minat nak tau dah..mat kilau ke..mat silau ker..
Mat Bond kot hahaha boleh ambik Kazar alien jadi hero…habislah Sol dah kena dah, kawan baik pun hilang…yg tinggal nanti kawan yg makan kawan. Bila jatuh baru lah nanti sedar…
Adakah karna Soley soley no lato lato? Jika benarrrrr bagus Adi Putera Tuhan selamatkan kamu dari tempias filem bakal di boycott. Kami NETIZEN MALAYSIA BOIKOT SEMUA FILEM SOL SOL karna TAKDAK TASTE CURANG ISTERI NIKAHI SKANDAL REMPIT HODOH kah kah kah kah kah kah kah kah kah
yoe parey la yg layak
Ambik Iqram Dinzly..heehee
Elok kalau diambil Kazar Saisi sebagai salah seorang yang memegang watak utama. Dia ni antara pelakon terbaik di Malaysia. Sepertimana Rahim Razali dulu, Kazar paling sesuai untuk dipilih.
Sama kes mcm Aaron A**z.
Kazar hanya sesuai watak Toyol mencekau wang..dan sesuai berlakon dalam drama bertajuk ” Anakku Penyondol Tak Diiktiraf”..
Walaupun penerbit akan cadang pd pengarah pelakon2 yg mrk nk tp selalunya keputusan akhir adalah pada pengarah sbb pengarah yg akan nmpk sapa yg dia mau drive character utk mood movie tu! Penerbit filem ni bkn Kembara Studio bkn si Syamsul Yusof