Adi Putra Akui Terima Bayaran Paling Mahal Untuk Filem Mat Kilau
Memegang watak utama dalam filem Mat Kilau, pelakon Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran paling mahal.
Memetik Utusan Online, bagaimanapun Adi lebih selesa mengunci mulut untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima.
BACA: Adi Putra Didakwa Miliki Kekayaan RM21.9 Juta
“Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.
“Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai isu kutipan cukai hiburan yang sedang hangat diperkatakan, Adi berkata mereka yang layak bersuara adalah penerbit filem.
“Tinggi atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya lebih baik kita naratif dari sudut positif.
“Ia supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan. Kritikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum.
“Tapi itulah yang kita inginkan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang,” katanya.
Dalam pada itu, Adi berkata beliau turut teruja jika benar sekual filem Mat Kilau akan dihasilkan serta menyerahkan perkara itu kepada pihak penerbit.
“Kalaulah ada, Alhamdulillah. Saya serahkan kepada penerbit. Saya ini cuma barisan pelakon saja. Kita sama-sama doakan andai benar ada sekuel,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Terus terang aku kata Adi Putra is not my favourite actor laa utk watak ni. Silat dia pun x real mana pun tp sbb teknik shaky-cam Samsul nmpk dia hebat lg pun choreography Kang Yayan mmg A+ standard International tu yg impak dia nmpk gempak. Aku rasa kalau Eman Manan atau Faizal Hussain pasti ia akan lebih mantap tp Syamsul ada alasan dia utk pilih Adi Putra. Ramai yg puji Beto, well sapa x knl Beto Kusairy dia mmg always in character x kira citer apa pun yg dia bawa. Fattah bg aku mmg berubah laa dari hero bunga2, spoil brat anak org kaya yg sibuk dgn kisah cinta berubah jd watak hero yg mmg fighter kental, rebellious dan mahir bertempur. Johan Asaari pun bagus nmpk dia punya karekter arch bg aku semua bagus2 dlm filem ini. Walaupun ramai pelakon2 otai yg keluar utk babak yg agak singkat tp Syamsul mmg bijak maksimumkan karakter2 mrk utk kuatkan lg point2 cerita ini. Kalau x xkan laa ramai yg bersemangat, menangis, beremosi ketika tonton filem ni. Mmg satu karya yg berbekas dihati, sampai tepat ke benak jiwa apa yg cuba disampaikan. Kalau rasa diri tu terlebih liberal dan kebaratan elok laa tonton filem ni.
Kalau ada sequel please buang kamera bergegar ketika berlawan. Bunyi tumbuk, bunyi pedang terlampau kuat, bingit telinga.
johan asaari? hahahah klakar ye. dia mcm try hard sgt..
Giler ke apa, datuk kepada si Adi Putra ni salah satu gulu silat ternama dis’pore, dia saja tak bilang….kau rasa siSyamsul tu tak buat homework dulu ke?
Aku sebenarnya sakit hati bila tngk komen situa terkutuk datuk Zahrin Mat Yassin bekas ketua cawangan umno cheras tntg Mat Kilau yg dia kata tukang kutip cukai bg pihak pembesar2 melayu zmn tu. Dia tu cybertrooper yg mkn dedak sapa bg duit buat laa propaganda hentam org. Dia nk citer bab sejarah pejuang melayu tp dia sendiri hidup mkn dedak org2 politik bg. Mat Kilau dan pejuang2 zmn tu bergadai nyawa, terpaksa jd pelarian, org buruan. Mat Kilau tu sendiri 3 kali mati tp sbb Allah nk panjangkan umur dia berjaya diselamatkan oleh kwn2 yg sama2 berjuang dgn dia. Mrk tinggalkan keluarga dan keseronokkan hidup utk lwn penjajah! Kalau mrk tu macai upahan mcm Zaharin lg elok mrk kerja mkn upah jd macai British jek! Lg satu Zahrin sang Kelembai kata British ni kutip cukai utk bangunkan Pahang, bantu org melayu zmn tu. Kalau British ni baik sngt kejadah apa bodoh sngt org melayu ni nk bermati2an lwn baik mrk ikut je. Lg satu kalau bagus sngt krjn British dulu kenapa Umno berunding mintak merdeka?! Kan lg elok melayu terus duduk dibawah kuasa Queen ditanggung subsidi oleh krjn Great Britain saja?! Bodoh yg amat laa Zahrin tu, dah tua nk mampus tp berani ckp benda2 merapu mcm tu. Ko tngk laa keturunan Mat Kilau ada ke mrk kaya raya mcm ko yg jd macai dan barua ahli politik?! Phuii..
Aku rasa Syamsul dah buat backgrd checking dah semua pelakon2 utama dia. Memang semua ada Silat Background. Cuma mgkin ada yg dah lama xpractise jela.
Beto tu masa zaman sekolah dulu pernah wakil silat sekolah kot wakil KL peringkt Kebangsaan.
Utk Mat Kilau 2, jika Adi Putra kekal membawa watak Mat Kilau, dia perlu turunkan 10 kg berat badan.
Mat Kilau 2 tentulah cerita mengenai pelarian Mat Kilau dari buruan penjajah. Kehidupan sebagai pelarian di bumi sendiri, tentulah menampakkan derita, lagipun mat kilau yg sebenarnya memang la seorang yg kurus mcm eman Manan atau Faizal hussin gitu.
Pandangan saya. Mat kilau KLU bole fit & ada muscle sikit.. KLU bole turunkan weight.. sbb Mat kilau yg gambar asal pun kurus rasanya.