fbpx

Adam Corrie: Jangan Hina Anak Saya Di Instagram

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan rumahtangga pastinya sesuatu yang sangat dinantikan dan bagi pelakon Adam Corrie, jangka masa 10 tahun menunggu kelahiran anak sulung adalah saat terindah buat dia dan isteri.

BACA: 10 Tahun Sabar, Adam Corrie Selamat Timang Anak Sulung

Turut sama ingin berkongsi kegembiraan dengan cahaya mata, Adam turut mewujudkan akaun Instagram khas untuk anaknya – @adamfatehlee. Bagaimanapun sebagai bapa, dia juga mahukan sesuatu yang positif buat anaknya itu.

“Tak beriya sangat untuk wujudkan akaun Instagram anak cuma sekadar suka-suka. Ada orang follow alhamdulillah. Kalau tak ada tak mengapa. Cuma janganlah komen yang buruk-buruk ataupun nak hina anak saya”

“Ucaplah tahniah mahupun berikanlah doa, saya terima,” kongsinya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dia juga sempat berkongsikan saat cemas apabila menyambut kedatangan cahaya mata pertama yang dinantikannya sekian lama itu. Ini kerana, anaknya diam dan tidak bersuara sebaik dilahirkan.

“Tetapi selepas doktor sedut apa yang ada di dalam mulutnya itu, dia mula menangis. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya sehingga terus sujud syukur,” katanya lagi.

Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Apa pun, semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan membuatkan keluarga mereka lebih ceria dan meriah. (rtky/s)

Gambar Ihsan: 712studios