fbpx

10 Tahun Sabar, Adam Corrie Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah buat keluarga Adam Corrie kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung. Perkara tersebut dikongsikan pelakon yang terkenal dengan watak gangster ini melalui muatnaik di Instagram. Ternyata berita baik itu turut mendapat reaksi positif peminat yang memahami penantian pasangan ini.

BACA: Adam Corrie Kongsikan Kisah Sukar Isteri Tunai Umrah

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami,” tulisnya ringkas di Instagram.

Menurut Harian Metro, Adam (50 tahun) dan isterinya, Fazema Mohd Fuad (40 tahun) mendirikan rumahtangga pada 2008. Setahun sebelum itu, Adam selamat memeluk Islam.

Sebelum ini, Adam pernah berkongsikan mengenai kehamilan isterinya pada bulan Mac lalu. Semoga kehadiran cahaya mata lelaki yang baru disambutnya petang tadi di sebuah hospita swasta bakal menambah lagi seri rumahtangga pasangan ini. (rtky/s)