fbpx

AC Mizal Pernah Minum Air Paip Di Zaman Susah

Berkongsi cerita mengenai zaman sukarnya kepada Berita Harian baru-baru ini, Dato’ AC Mizal mengakui dia pernah terpaksa minum air paip demi untuk membayar bil bersalin anak pertamanya bersama Emylia.

BACA: Dato’ AC Mizal Dan Hans Isaac Akhirnya Berdamai

“Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah”

“Ketika itu, saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal.
Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin”

“Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit. Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri”

“Mujurlah ada seorang hamba Allah yang sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 untuk membayar bil hospital,” katanya yang menyatakan tidak pernah menolak rezeki sama ada kecil atau pun selepas itu.

Selain itu, AC juga menyifatkan hubungan yang baik dan bertolak ansur dengan isteri perlu bagi memastikan hubungan kekeluargaan berjalan lancar. Jika dilihatkan daripada kejayaan yang dikecapinya kini, ternyata pengorbanan pasangan ini sudah terbalas. (rtky/s)