Dato' AC Mizal Dan Hans Isaac Kini Berdamai, Lupakan Kisah Lama
Mengambil kira faktor usia dan kematangan menjadi kunci utama penyatuan semula dua sahabat ini, pelakon dan penerbit Hans Isaac dengan pengacara popular, Dato’ AC Mizal selepas lebih lima tahun tidak berhubung berpunca daripada perselisihan faham.
BACA: Dato’ AC Mizal Akan Buka Stesen TV Sendiri
Perselisihan faham di antara mereka bermula ketika mereka menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 di Istana Budaya, pada 2010 apabila Hans selaku penerbit teater ketika itu memecat AC yang didakwa melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksinya.
AC ketika ditemui berkata, kematangan berfikir dan faktor usia membuatkan mereka bersedia menjalinkan persahabatan yang terputus itu semula.
“Saya sangat bersyukur kerana kami akhirnya dapat berbaik semula seterusnya menjalinkan persahabatan seperti dulu. Pada mulanya saya menyangka Hans mungkin tidak sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku, tetapi sangkaan itu meleset”
“Dia juga mempunyai perasaan sama seperti saya untuk kami berbaik semula seperti dulu. Hans dengan rendah diri meminta maaf kepada saya,” katanya sambil menyatakan sokongan daripada Awie dan Afdlin Shauki juga banyak membantu mereka untuk berbaik semula. (rtky/syfq)
Alhamdulillah
tak tau pun mereka berdua ni bermusuhan selama ni. eloklah berbaik2 semula sebab dunia seni ni kecik saje. kalau dah bermasam muka, esok2 jumpa pulak dan rase kekok kalau tak menegur. islam suka kita berbaik sangka dan bermaafan antara satu sama lain kalau ada timbul nya perselisehan faham . kini a c mizal pun dah ada stesyen swasta sendiri jadi itulah mendorong h.. berbaik dgn nya. senang nak dapat job pulak. itu sebenarnya.kalau ac tak de apa apa, mungkin tak berlaku persahabatan ni kut. biase lah tu. sbb ramai orang memandang kepada kedudukan.
apalah nak jadi kat ac ni… dah macam gaya gay pakai baju dan seluar berbunga, rambut pun macam style nyah, tolonglah be more masculine please.
:Dalhamdulilah
Baru ja tengok kat tv..
Biasa la berkawan..
Alangkan suami isteri pun
selalu gaduh..
apatah lagi sesama kawan..
Syabas kpd keduanya