Aaisyah Sembuh Demam, Che Ta Bawa Bercuti Ke Jepun
Ramai sedia maklum tentang keadaan yang menimpa anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kepada jangkitan kuman dan demam.
Pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta itu memaklumkan yang anaknya itu semakin sembuh dan boleh keluar dari hospital tidak lama lagi.
BACA: Che Ta Dedah Bawa Tukang Masak Pergi Bercuti
“Dia terkena jangkitan itu mungkin sewaktu di sekolah, memandangkan dalam waktu sama ada beberapa pelajar turut deman dan tidak sihat. Faktor cuaca juga menjadi penyebab, sebab kebelakangan ini hujan dan sejuk, jadi budak-budak mungkin tidak tahan dan mengakibatkan mereka mudah dijangkiti virus,” ujarnya.
Che Ta juga menambah yang rancangan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana pada 1 November ini sudah berubah. Beliau mahu membawa satu keluarga untuk bercuti ke Jepun.
“Disebabkan Aaisyah baru saja sihat jadi kami merancang untuk mengadakan sambutan hari lahir secara kecil-kecilan saja. Kami sekeluarga akan bercuti ke Jepun pada tarikh itu dan menyambut ulang tahun hari lahir Aaisyah di sana,” katanya. (rtyk/m)
banyaknya duit che ta….. heheee
WOWWWW…..che ta melancong ajeeeeee..mesti dulu tak sempat bosan Fly sebagai Pramugari kot..skrg asik nak Fly jer kan..Nape MAS xnak ambik che ta jadi duta MAS..che Ta kan bekas Pramugari MAS..mana tau dpt melonjakan keuntungan MAS yg selalu di gambarkan sebagai syarikat penerbangan yg rugi jer..tgk che ta asik untongg jerrrr..fly sana..fly sini..dah macam Pramugari dah..
Nak salah kn sekolah…ko tu x pernah masak tuk anak ko..asik mkn luar je….jual vitamin budak …anak sakit gak…anak mkn ke idak vitamin tu.
che ta oi, jepun sekarang tgh naik isu pasal rubella, anak baru nak sihat tu, takyah la pegi
Saya nak jadi anak angkat Che Ta boleh? :p