Sertai RXZ Members, Netizen Puji Pakaian Lisdawati Patuh Syariah

Pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila dilihat berkongsi hantaran ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ Member 7.0 di Kuala Terengganu yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fauzi meluahkan rasa syukur selesai sudah tugas mereka di Terengganu serta mengucapkan terima kasih yang membantu sepanjang perjalanan mereka ke sana.

BACA: Lisdawati Dedah Pernah Diuji 4 Tahun Tiada Tawaran Berlakon

@theonlyfauzinawawi

Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di Trengganu Darul Iman.. kenangan manis pada RXZ members 7.0 ini. Terima kasih semua @XROOV @Dolcea.my @Permai Hotel Kuala Terengganu Salam Takziah Dan Alfatihah kpd keluarga mangsa yg terkorban sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah. #respect #rxz_members_official #viraltiktok #fyp??viral #teammrchen

? Happy Acoustic Traveling – PaperThinStudio

Dalam video tersebut turut memaparkan pasangan itu menunggang motosikal RXZ dengan mengenakan baju berwarna kuning sedondon.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Lisdawati yang menutup aurat meskipun menunggang motosikal serta wajar diangkat sebagai ikon pemotoran wanita.

×