fbpx

Umum mengetahui sebelum ini pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menawarkan RM500 seorang buat individu yang berjaya melakukan kuanrantin kendiri di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menunaikan janjinya itu, Michael dilihat memuat naik senarai 10 individu bertuah untuk menerima wang tunai tersebut menerusi Instagram miliknya.

BACA: Michael Ang Tawar RM500 Kepada 10 Individu Berjaya ‘Self Lockdown’

“Saya buat cabaran ini pun sebelum total lockdown dilaksanakan pada 1 Jun lalu..saya dah pun pilih 10 pengikut Instagram secara random, siapa kena, dia dapatlah duit tu.

“Saya memang tak periksa profil masing-masing yang terpilih ni sebab saya percayakan semua pengikut saya…dalam lebih 7,000 yang komen itu saya pasti semuanya memang memerlukan bantuan, saya cuma bantu mana yang termampu,” katanya.

Dalam pada itu, Michal berkata tindakannya itu dalam masa yang sama untuk berkongsi rezeki dan jika mempunyai rezeki lebih dia akan melakukan lagi perkara yang sama di masa akan datang.

“Saya tahu ramai cakap RM500 untuk seorang tu banyak, kenapa tak beri RM200 seorang agar lebih ramai yand dapat duit tu. Tapi saya percaya RM500 itu cukup bagi enam sekeluarga contohnya untuk bertahan selama sebulan jika mereka berjimat cermat,” katanya.

Sementara itu, Michael berkata dia turut memperuntukkan sedikit dana buat rakan selebriti dan kru penggambaran yang terkesan dengan krisis COVID-19.