Baru-baru ini, video dikongsikan seorang pengguna di aplikasi TikTok menjadi perhatian memaparkan pelakon Fasha Sandha berada di sebuah gedung pakaian bersama suaminya, Aidil Aziz.

Menerusi video, tersebut Fasha dilihat memakai baju senaman sedang memilih jubah untuk persiapan menunaikan umrah.


BACA: Fasha Suka Tengok Muka Anak Puteri Sarah Masa Hamil, Wajah Aisya Iras Sumayyah

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian bentuk fizikal Fasha yang dipuji semakin langsing meskipun mempunyai tiga orang cahaya mata.

@irfan783837

#foryou #fyp #viral #tiktokmalaysia

? original sound – ? BLACK EYS

Tidak kurang juga, ada yang menyamakan penampilan Fasha itu persis bintang Bollywood, Kareena Kapoor sekali pandang melihat bentuk badannya.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang melihat seluar dipakai Fasha itu yang dikatakan terlalu ketat, malah ada yang malu melihatnya.

Lebih teruk, ada juga yang meninggalkan komen berbaur lucah serta ada yang mempersoalkan perasaan suami yang membiarkan isteri berpakaian sedemikian.