5 Pengajaran Cinta Untuk Anda Semua Dari Drama Rindu Awak 200%
Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir semalam. Penulis pasti, ramai yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan?
Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.
1) Percaya kepada pasangan
Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.
2) Sentiasa bersedia untuk dengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak & pelbagai sudut
Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.
3) Cemburu berlebihan boleh menjadi racun dalam perhubungan
Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percayakan pasangan kamu, tidak perlu wujudnya masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.
4) Keluarga dan sahabat-handai itu penting
Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan prince charming sekalipun, jangan sekali-kali lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang akan membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.
5) Tiada manusia yang 100% sempurna
Dalam drama ini, walapun watak Zul Ariffin tampak sempurna; kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri yang cantik; tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa, yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan?
Apa agenda kamu selepas habisnya drama bersiri Rindu Awak 200% ini? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah atau di Facebook kami (facebook.com/WanistaMY)
whatever!
ayda jebat nie kentut busuk x??
ADE Ke penonton belajar ni semua?
X kisah
seriously tak amik port pasal cerita ni. stop la banggakan cerita yang tak de unsur agama. walaupun keluaran melayu. bukan kutuk tapi ntahla.
Keluarkanlah semula yang bermanfaat seperti nur kasih ke…asyik asyik love story…
dah 150juta kali kot tv3 kuar drama kawen paksa mcm ni,makin kurang ke kadar perceraian kt Malaysia ni??? tak kan….so maknanya cerita2 mcm ni takde kesan baik pon pd penonton,melalaikn solat maghrib ada lar….
Elok sangat lah kalau ada yg amik pengajaran… :P
http://www.groboc.com.my kami menjual pakaian kanak-kanak & bayi. Kami ada banyak koleksi frozen, hello kitty dan disney. Jom lawat website kami.
kena tukar waktu bukan semasa maghrib….
Tak payah la nak kutuk2 sgt..ini semua hiburan semata2… x suka xyah tengok… soal ibadah seseorg jgn dipertikai… byk siaran tv skrg yg berunsur keagamaan so boleh pilih rancangan ikut citarasa masing2.. x pyh nak komen nagetif sgt k…
pelajaran apa seh?…mmm kurang ajar dgn ibu kandung? menduakan suami yg bongok? biadap dengan mertua? takyah belajar masak? takde adat? brat? tapi dapat kawin pilot yg setia? Mana ada pelajaran…ini hanya drama isi hidup kesepian je…hayalan…enjoyable yes…
Hanya angan2 bagi kaum Hawa…….jgn syok sendiri dgn watak Sill Faezrul tu…..
kisah kehidupan remaja bandar yg kuat bersosial…kawin paksa tanpa cinta berlaku curang pada pasangan…kurang ilmu agama..lelaki kg yg berkerjaya yg kacak..semua nya ini mungkin berlaku di kuala lumpur kota kosmopolitan…
tukar tajuk post ni jadi “pengajaran dari slot akasia(drama2 kawin paksa)”
dah bertahun2 itu jugak modalnya, mcm mana lah nk memartabatkan tahap industri hiburan tempatan kalau disaji lauk yg sama.
Pengajaran apanyer….agak2????la
Lebih baek diam dari berkata apa2….
Sembahyang istiharah memang hebat subhanaAllah..Allah kirim pada saya ssorang hanya sementara waktu aja slpas buat istiharah dan ptunjuk saya dpat tapi sementara saja Allah dia kembali buat selama2 nye…semuga Allah letak kan dia d dalam golongan orang2 yang beriman… Alfateha Aamiin..
Jihah Kau memang suka bau kentut orang?
mn leh puaskan hati sume org.suka tgk,xsuka,ttp tv.xde masalah.itu sekadar hiburan.dosa pahala,tuhan yg bg.pape pon,aku enjoy ngan citer ni.
syok sendiri je la wanita2 di luar sana ye(trmasuk la sy)..mana ada lelaki mcm dlm watak zul tu di zaman skrg..huhu,,juz for fun je tgok cite tu..
cerita yg menarik..penuh dgn pengisian.ada unsur agama.yg xbaik jd baik..yg baik bertambah baik..ada pengajaran.paling best tentang jodoh istiqarah..jodoh rahsia ALLAH.
Sesuai sgt kalau diorang kahwin je. Amat sepadan & cantik – sama2 lawa & muda bagai pinang dibelah dua… Amin
Mnada ayda jebat tu sesuai melakonkan watak istri yg cantik..dia x lawa lah
Apa hebat ya drama ni?so klise.so far,drama paling terkesan bagi saya nur kasih Kisah kekeluargaan yg di gambarkan dgn beg itu berkesan. Harap tv3 tygkn drama2 bermutu Khabir bh atria bukan drama murahan adaptasi novel.
Stuju 200 prat us dgn dgn pendpt thane krios dn yuyu
5 PENGJARAN CERITA
1-jangan nak peluk erat sangat lelaki bukan muhrim walaupon dlm lakonan
2-jangan nak tayang sangat awk tu ade laki sebab bukan semua orng bernasib baik
3-jangan terbawa-bawa sehinggakan teringin nak kawen ngan anak orng kaya @ pilot ke yer
4-jangan asyik nak post semua yang korang tengok dlm fb n;
5-jangan terlalu taksub sangat dengan cerita yang sekadar lakonan lebih2 lagi yang diadaptasi dari novel… kerana ia adalah rekaan semata2
Ntah pape,, pengajaran ap mcmtu,, bnyk lg citer bole d jadikan pengajaran..kisah2 nabi ke,, ni cerita yg xd faedahnya
Mana pergi semua heroin lawa… mr. Arrogant pun sama…
Kau nih tak paham tentang kehidupan ekk?? itu lah dinamakan manusia semuanya tak sempurna. Kalau semuanya baik baik aja., takpyah lah buat cerita.
bende ni simple je….ambil yg mudah,dalam agama dah diberitahu pasangan yg bukan muhrim haram jika bersentuh walaupun ia dalam lakonan…
dan siapalah kita nak menentukan dosa pahala org,hanya ALLAH yg maha mengetahui.
MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA..
Tiada pengajaran diperolehi.. lebih melalaikan manusia sewaktu maghrib ada ler..
No comment… jem otak aku..
tak tgok pun…bila jlan cerita lbih kurang je drama sblum ni…baik tgok drama korea jlan cerita menarik tk membosankan
Rindu Allah Swt melebihi 200%
Melalaikan…waktu siaran tak sesuai…wat org tangguh2 smayang mgrib.
asal plak wat org tgguh solat…da masuk waktu solat la…tu masalah manusia tu sediri yg ambaikan wktu solat..kalau ada rasa taggungjawab dgn allah..x ada issue pun tggal solat ngek oiii #ICECREMSODA…
Pelakon sekarang kalau berlakon watak laki bini kadang2 sampai dah takde segan. Berpeluk, kapuk, cium dahi bagai. Cium mulut aje belum. Kita yang dah kawin tengok pun malu.. agak2lah nak hidupkan watak pun. Kalau hebat, body language dan mimik muka pun dah nampak real…
Tiadakan babak2 yang bersentuhan antara bukan muhrim…subhanallah…
saye sokong ape yg penonoton say.utk fun
Pengajaran itu mungkin wujud di sebalik orang yang benar2 menganalisis cereka ini,tetapi bagi mereka yang jahil? Nothing to take for……they still didnt wake up from their sweet fairytale…haram menyentuh lelaki atau perempuan yang bukan muhrim kita….walaupun itu kerjaya….kerjaya pelakon itu tidak haram tetapi apabila pelakon tersebut melakonkan sesuatu yang haram di dalam agama…..mcm mane tu?nauzubillah…..