fbpx

Izreen Azminda Sound Netizen Kutuk Warna Inai Neelofa  

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai produk inai selebrtiti terkenal, Neelofa yang dikritik pengguna seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelakon Izreen Azminda mempertahankan produk usahawan selebriti itu ketika sesi live di aplikasi TikTok. Menerusi video, Izreen berkata warna inai tersebut sememangnya sebegitu dan tidak seperti terkepit pintu.

BACA: “Dia Haramkan Saya Post Gambar Anak-Anaknya Di IG” – Izreen

@partnernunha

Sapa yg duk buat content2 tak menjadi tu? Tgk… kan kak long izreen dah mengamuk ?#innainunha #innaineelofa #innainunhakl #innainunhaselangor #innainunhaviral #innainunhaderhaka #partnerinnainunha #fyp #neelofa #izreenazminda #fypdongggggggg #fyp? #fy #foryoupage #fyp??viral

? original sound – PartnerNunHa – PartnerNunHa

“Tak dak kepit kepit pintu… sapa dia habaq kepit pintu, geram aku tengok. Orang dah habaq warna macam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan rasa geram apabila ada yang mempertikaikan warna inai tersebut dan mereka layak ditegur secara tanpa berkias-kias.

“Kadang-kadang puak-puak ni bukan apa, kena kita cakap lagu ni baru depa faham, tak boleh cakap kias-kias. Terkepit pintu apa hang! Terkepit pintu tang mana?” katanya.

Dalam pada itu, Izreen berkata Neelofa tidak memerlukan kontroversi kerana namanya sememangnya dikenali ramai.

“Sebab apa Neelofa? Saja nak bagi kontroversi. Ni toksah dok bagi dia kontroversi lah hampa. Ni nama dia dah gah tak payah kontroversi. Tak payah kontroversi sangatlah,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dan menyokong kenyataan Izreen.