fbpx

Gambar: MTV World Stage 2012 Mencipta Rekod Dengan 16,000 Hadirin

Gambar: MTV World Stage 2012 Mencipta Rekod Dengan 16,000 HadirinJika tanyakan kepada kami akan acara apakah paling meriah hujung minggu lalu, pasti’nya MTV World Stage 2012 menjadi jawapan kami. Memang konsert yang hebat.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Konsert yang berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon ini mencatat rekod tersendiri apabila lebih 16,000 peminat muzik hadir untuk menyaksikan idola muzik mereka.

Permintaan terhadap tiket masuk juga berada di’tahap tertinggi tahun ini dengan kemunculan bintang pop dunia Justin Bieber, KARA, Jay Park dan juga Mizz Nina.

Persembahan pembukaan di’mulakan oleh Justin Bieber yang mendendangkan 9 buah lagu buat peminat beliau di Malaysia dan merupakan kehadiran tunggal di Asia Tenggara.

Pentas seterusnya di’ambil alih oleh KARA yang kali ini merupakan kali pertama mereka melakukan persembahan di Malaysia — persembahan mereka cukup bertenaga.

Penyanyi penuh berbakat kelahiran Malaysia, Mizz Nina mengambil tempat dengan persembahan mantap beliau melalui lagu seperti Takeover, Hit Me Up & What You Waiting For.

Dan, MTV World Stage 2012 menutup tirai dengan persembahan penug energetik daripada bintang pop Korea, Jay Park melalui lagu beliau seperti Abandoned, Know Your Name, medley Nothing dan Girlfriend sebelum menutup pentas dengan rendisi hebat Body2Body.

MTV World Stage Live in Malaysia 2012 di’taja oleh Sunway Resort City, Lenovo, Xpax, Twisties dan Hong Leong Bank, dan di’sokong oleh MyCeb of the Ministry of Tourism, rakan penyiaran Astro & rakan radio rasmi Hitz.fm, ERA fm dan MYfm.