fbpx

Netizen Terpukau Lihat Penampilan Terbaru Cik B

Lebih gembar berpakaian ringkas serta sentiasa tampil bersahaja, ramai yang menyenangi sikap rendah diri Cik B meskipun ibunya seorang jutawan kosmetik. Malah, Cik B berbeza dengan gadis remaja lain yang gemar berfesyen dan mahu menjadi dirinya sendiri.

Bagaimanapun, penampilan terbaru Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil lebih feminin. Menerusi satu video dikongsikan, Cik B mendandan rambutnya kelihatan lebih lurus dengan solekan ringkas.

BACA: Cik B Tolak Hadiah Barangan Berjenama Mewah Daripada DSV

https://www.instagram.com/p/CD6WYfJFgST/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan seakan tidak percaya melihat perubahan tersebut.  Malah, ramai yang memuji penampilan terkini  Cik B yang kelihatan cantik dan lebih feminin.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida turut meninggalkan komen menerusi posting anaknya itu yang turut terkejut dan seakan tidak percaya bahawa itu adalah anaknya.