fbpx

10 Spot Instagram Di Macao Yang Harus Anda Lawati

Selalunya negara Eropah menjadi pilihan sebagai destinasi percutian. Apa kata anda pergi bercuti ke Macao? Sebenarnya banyak tempat menarik boleh dilawati di Macao. Paling best, boleh ambil gambar-gambar cantik untuk Instagram anda.

Tahun ini adalah tahun terbaik untuk anda melawat Macao. Sebab ada banyak festival menarik menanti anda. Rugi kalau tak ke sana dan rasai kemeriahan budaya masyarakat Macao.

1. Anim Arte’ Nam Van

Kalau nak percutian anda lebih romantik, boleh ke Anim Arte’ NAM VAN untuk menaiki pedicab serta menikmati keindahan bandar Macao. Waktu operasi pedicab adalah pada hari Sabtu dan Ahad pada pukul 3:00pm – 3:30pm; 4:00pm – 4:30pm; 5:00pm – 5:30pm; dan 6:00pm – 6:30pm.

Dari tasik Nam Van, anda boleh menyaksikan 29th Macao International Fireworks Display Contest yang bakal diadakan pada bulan September ini. Peserta-peserta akan bertanding pada 1, 8, 15 dan 24 hari bulan itu dan berakhir dalam upacara penutup pada 1 Oktober.

2. Senado Square

Suasana di Senado Square seakan-akan di negara Eropah dengan susunan batu “cobble” hitam putih berbentuk ombak serta dikelilingi bangunan gaya barat. Tempat ini juga menjadi tumpuan shopping; ada banyak kedai-kedai pakaian, aksesori dan kosmetik disini.

Pada mereka yang kaki shopping, jangan risau! Macao Shopping Festival (Disember) menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan boleh dapatkan cenderahati untuk mereka yang tersayang.

3. Ruins of St. Paul’s

Macao bukanlah hanya sekadar bandar biasa, selain mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ia juga mempunyai beberapa tempat tarikan yang perlu anda lawati jika menjejakkan kaki ke negara tersebut. Antara tempat yang mesti anda lawati ialah Ruins of St. Paul’s yang sememangnya unik dan menjadi kemestian untuk pelancong mengambil gambar.

Gambar oleh skullsulivan

Lebih menarik, di waktu malam pula anda boleh melihat lampu-lampu cantik menerangi bandar Macao semasa Macao Light Festival. Ia diadakan di sepanjang bulan Disember pada setiap tahun.

4. Cotai Strip

Gambar oleh blurmoo

Cotai Strip adalah tarikan baru di sana. Anda sekeluarga pasti terpegun menyaksikan pertunjukan cahaya di Eiffel Tower di The Parisian. Kompleks hotelhotel mewah di sini sangat menarik dan anda juga boleh ke pusat membeli-belah disini.

5. Patio de Chon Sau

Kalau anda sukakan street art, anda boleh ke Patio de Chon Sau. Disana terdapat banyak street art menarik dan cantik-cantik yang boleh menghiasi Instagram anda.

6. Sir Robert Ho Tung Library

Bangunan ini dibina sebelum tahun 1894, tetapi perpustakaan hanya mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1958. Dengan lebih 3,000 buah buku disini, ia merupakan perpustakaan awam terbesar di Macao di waktu itu. Taman hijau disini sangat sesuai untuk si pembaca yang inginkan ketenangan.

7. Mount Fortress

Tempat ini sangat hampir dengan Ruins of St. Paul’s, namun tidak ramai yang ke sini jadi sangat sesuailah untuk mengambil gambar. Kubu ini dibina oleh kaum Jesuit pada tahun 1626, dan suatu ketika dahulu adalah pertahanan ketenteraan utama Macao. Disebabkan ia terletak di atas bukit, anda boleh dapatkan gambar pemandangan bandar yang amat cantik dari sini.

8. Taipa Houses

 

Tidak lengkap percutian jika tidak singgah di Taipa Houses. Lima buah bangunan dibina mengikut gaya Portugis ini berlatarbelakangkan kolam teratai. Kawasan ini sangat sangat popular sebagai lokasi gambar perkahwinan.

9. Cunha Street

Terdapat banyak street art dan kafe-kafe unik Cunha Street, sesuailah untuk Instagram! Bagi anda yang mencari snek, makanan tempatan dan cenderahati, disinilah tempatnya. Tahun ini juga adalah 2018 Macao Year of Gastronomy, jadi banyaklah aktiviti dan promosi berkaitan gastronomi.

10. Macao Giant Panda Pavilion

Comelnya! Mesti lah datang ke sini untuk bergambar dengan Giant Panda dan Panda Merah. Macao Giant Panda Pavilion terletak di Coloane. Berbeza dengan kesibukan di pusat bandar, suasana disini sangat santai dan tenang.

Dengar je dah rasa best! Apa kata anda rasai sendiri keseronokan di Macao dan dapatkan pakej berpatutan di Matta Fair KL.

Datang beramai-ramai ke Macao Tourism Booth di Matta Fair KL  pada 16-18 Mac ini. Paling best, anda berpeluang untuk mendapat hadiah ekslusif jika anda tempah pakej percutian ke Macao di travel fair ini. Tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk mengetahui segala perkembangan dan update terkini tentang festival mereka anda boleh ke laman web MACAO Tourism atau terus ke Facebook mereka.